Setahun yang lalu..."Eh..comelnye buku tu, ade gambar kucing. Jom tengok", kataku.
Aku membaca tajuknya…Manikam Kalbu, Faisal Tehrani...tertera di kulit buku tersebut juga "Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, PERTAMA".. "Menarik", getus hatiku...Kemudian aku membaca pula sinopsisnya....
Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyan dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian. Katanya,’sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya’. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusateraan Melayu...Kini, ketika kami memilih untuk membina blog ini, novel ini saya rasakan sesuai sekali untuk kami ulaskan. Novel yang berkaitan dengan fesyan, busana, Melayu dan yang paling penting apa kaitannya dengan Islam.
Manikam Kalbu...banyak sekali yang aku dapati daripadanya. Kisah yang diceritakan melalui dua zaman yang berbeza. Manikam Kalbu, seorang pemuda yang memperjuangkan fesyen berlandaskan Islam ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah yang mana kisahnya diceritakan oleh seekor kucing Madura. Manikam Kalbu, seekor kucing yang menemani hidup Ziryab, seorang pemuda yang cuba memperjuangkan kembali kegemilangan busana Melayu bersama neneknya.
................
Kisah Manikam Kalbu......Baginda Sultan Muhammad Shah berdehem..."Baiklah, bukalah pertandingan ini untuk yang kecil yang besar, yang tua yang muda..."
...Datuk Bendahara mengangkat sumpah, "Apakah tuanku punya titah tertentu, syarat tertentu atau kehendak tertentu?"....
... "Untuk menetapkan syarat itu, biarlah orang yang lebih arif dipanggil..."
..."Ayahanda Tuan Guru Haji Nuh Ha Nim, kita memohon izin untuk bergurusatu malam tentang aurat dan cara berpakaian orang Melayu beragama Islam supaya kelak menjadi lambing kekal abadi… moga-moga cucu-cicit kita tak ke sasar terpesong daripada budaya, daripada agama."....
...Syarat pertama busana melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat...
...Syarat kedua, pantang kainnya nipis, apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis…
...Syarat ketiga, mestilah ia pantang berpotongan yang ketat...Ingatlah apabila memakai yan ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit...
..."Duhai Manikam Kalbu, kamu insan terpilih...dengar sini tuan hamba...saat memikirkan tentang busana Melayu itu eloklah difikirkan tentang Yang Maha Esa, juga rukun Islam yang lima"....Apakah yang terjadi selanjutnya? Adakah Manikam Kalbu berjaya mencipta busana Melayu yang menepati kehendak syara’? adakah Manikam Kalbu memenangi pertandingan tersebut?....
Kisah Ziryab..."Budak lelaki, cikgu...orang suruh masuk kelas kimpalan atau kelas pertukangan tak mahu, nak menyelit juga kelas jahitan dan fesyen." Tiba-tiba suara Nurul Haliza berkumandang ... Ziryab mengetap bibir...
Dia teringat kata neneknya, "Jika ada orang mengejek kamu, ajari mereka. Pelajaran menutup aurat dan memakai baju itu ialah pelajaran pertama yang dipelajari Adam dan Hawa setelah diturunkan dari syurga."...
... Galakan Dr Faizah juga membakar semangatnya. "Ilmu yang awak pelajari itu, Ziryab, ilmu yang mulia sekali. Saya doktor yang mengkaji tentang tubuh manusia, tetapi awak belajar untuk menutup tubuh manusia, untuk melindungi badannya daripada aib dan cacat cela. Tidakkah itu satu kerja baik?"...
..."Minta tolong ustaz huraikan apakah bentuk pakaian Islam itu?"...
...Pertama, mestilah pakaian itu menutup aurat...
...Lagi, hendaklah pakaian perempuan itu cukup longgar...
...Lain-lainnya, janganlah pula pakaian itu menyerupai pakaian lelaki untuk perempuan atau menyerupai pakaian perempuan untuk lelaki...
Apa pula kisahnya Ziryab? Adakah dia akhirnya memahami bagaimana untuk mentajdidkan semula busana Melayu seperti yang diperkatan oleh cikgu Natasya? Adakah akhirnya dia berjaya memahami mengenai busana dan fesyen yang bersesuain dengan kehendak syara’?...
...................
Maka, jangan ketinggalan untuk mengetahu jawapannya melalui novel ini...novel yang saya rasakan amat menarik sekali bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fesyen dan busana dalam Islam...Terima kasih kepada Faisal Tehrani dan semoga segala usahanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment