Sunday, November 22, 2009

Bagaikan kucing disuakan ikan...ape akan jadi?

Ketika saya membaca beberapa artikel berkenaan aurat saya rasakan artikel daripada laman ust Zaharudin bagi saya amat menarik sekali...

Beberapa persoalan dibangkitkan seterusnya dihuraikan dengan baik sekali.

Antaranya:
1) Mengapa wanita berpakaian seksi?
2) Apa kesan wanita berpakaian seksi kepada orang lain?
3) Gangguan seksual terhadap lelaki?
4) Benarkah seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing?

Malah ada juga persoalan tentang "don't judge a book by its cover".

Disebabkan huraian dan perbincangan mengenainya amat panjang dan lebih menarik jika dibaca sendiri daripada laman ust Zaharuddin sendiri...www.zaharuddin.net di bawah tajuk Aurat: Apa Sudah Jadi?

Sunday, October 18, 2009

Festival Fesyen Islam
















Apabila melihat pada tajuknya...festival fesyen islam antarabangsa...apa yang terlintas di ruang fikiran kita?

Suatu keadaan di mana sesuatu yang dinamakan pakaian untuk menutup aurat dipertontonkan kepada umat sekaliannya..apa motifnya, mengajar manusia supaya berpakaian menutup aurat...?????

Tapi, kalau kite perhatikan...itu ke yang dipertontonkan sebenarnya? Gaya yang selari dengan kehendak syari'at atau sekadar kesenangan di mata mereka yang tidak menjadikan ayat-ayat daripada surah an-Nisa' pagangan dalam menghasilkan pakaian yang sebenar menurut Islam????

Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu Allah yang berbunyi "Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah aku sempurnakan nikmatku buat kalian dan aku redha Islam sebagai agama kalian..." (surah al-Maidah:3)

Kini, apabila kita menggunakan kalimah 'Islam', apakah sebenarnya kita mengetahui kandungan sebenar syari'at Islam? Dewasa ini, ramai di kalangan kita yang seolah-olah mempergunakan dan memperdagangkan perkataan 'Islam' walaupun pada hakikatnya ia tidak menepati syari'at Islam itu sendiri. Hal ini dapat kita lihat daripada sejauhmanakah 'Islam'nya festival fesyen yang diagung-agungkan...

Pada fikiran saya, ada baiknya dalam melaksankan sesuatu itu perlu ada garis panduan yang memastikan matlamat sebenar tercapai. Seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah dalam Manikan Kalbu, tidakkah kita juga perlu melakukan perkara yang sama? Bertanya kepada yang lebih arif dan menjadikannya pegangan? Pepatah ada berkata, "Malu bertanya sesat jalan". Oleh yang demikian, adalah sebaiknya kita mula bertanya sebelum melangkah lebih jauh lagi kerana ditakutkan apabila kita melangkah, tidak tentu ke mana...ke utara, selatan, timur atau ke barat..

Mari kita renungkan...Adakahkah fesyen-fesyen ini menjadikan surah an-Nisa' sebagai garis panduannya?

















Syarat 1: Tudung yang dilabuhkan sehingga menutupi dada.
Syarat 2: Pakaian yang longgar dan tidak menampakkan tubuh badan.
Syarat 3: Menutupi Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua belah tapak tangan.

Diriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:"akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian. Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol)Dalam riwayat Bukhari,hadis ini terdapat tambahan yang berbunyi: Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium sedikit pun bau syurga.Sesungguhnya bau syurga itu dapat tercium dari jarak yang amat jauh sekali."Apa yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang itulah dengan memakai pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh badan serta memakai pakaian yang longgar tetapi jarang....

Wednesday, September 30, 2009

HIKMAH MENUTUP AURAT

Khas Buat Wanita Tercinta - Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:

“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)


2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. Sebagai perumpamaan, andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu show yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk mendapatkan wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap bertudung. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan tudung mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita,
“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam
hatinya (berhati jahat).”
(33:32)

3. Membezakan samada wanita itu muslim atau non-muslim supaya mereka lebih mudah untuk dikenali. Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah
wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
Contohnya pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.


Renungkanlah...

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian haram yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Nauzubillah.

Manikam Kalbu


Setahun yang lalu...

"Eh..comelnye buku tu, ade gambar kucing. Jom tengok", kataku.
Aku membaca tajuknya…Manikam Kalbu, Faisal Tehrani...tertera di kulit buku tersebut juga "Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, PERTAMA".. "Menarik", getus hatiku...Kemudian aku membaca pula sinopsisnya....

Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyan dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian. Katanya,’sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya’. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusateraan Melayu...


Kini, ketika kami memilih untuk membina blog ini, novel ini saya rasakan sesuai sekali untuk kami ulaskan. Novel yang berkaitan dengan fesyan, busana, Melayu dan yang paling penting apa kaitannya dengan Islam.

Manikam Kalbu...banyak sekali yang aku dapati daripadanya. Kisah yang diceritakan melalui dua zaman yang berbeza. Manikam Kalbu, seorang pemuda yang memperjuangkan fesyen berlandaskan Islam ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah yang mana kisahnya diceritakan oleh seekor kucing Madura. Manikam Kalbu, seekor kucing yang menemani hidup Ziryab, seorang pemuda yang cuba memperjuangkan kembali kegemilangan busana Melayu bersama neneknya.
................

Kisah Manikam Kalbu..
....Baginda Sultan Muhammad Shah berdehem..."Baiklah, bukalah pertandingan ini untuk yang kecil yang besar, yang tua yang muda..."

...Datuk Bendahara mengangkat sumpah, "Apakah tuanku punya titah tertentu, syarat tertentu atau kehendak tertentu?"....

... "Untuk menetapkan syarat itu, biarlah orang yang lebih arif dipanggil..."

..."Ayahanda Tuan Guru Haji Nuh Ha Nim, kita memohon izin untuk bergurusatu malam tentang aurat dan cara berpakaian orang Melayu beragama Islam supaya kelak menjadi lambing kekal abadi… moga-moga cucu-cicit kita tak ke sasar terpesong daripada budaya, daripada agama."....

...Syarat pertama busana melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai tetapi terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat...
...Syarat kedua, pantang kainnya nipis, apabila berkain baju yang tipis, di situlah tempat setan dan iblis…
...Syarat ketiga, mestilah ia pantang berpotongan yang ketat...Ingatlah apabila memakai yan ketat-ketat, agama hilang binasa adat. Barang siapa berbaju sempit, imannya malap jiwanya sakit...

..."Duhai Manikam Kalbu, kamu insan terpilih...dengar sini tuan hamba...saat memikirkan tentang busana Melayu itu eloklah difikirkan tentang Yang Maha Esa, juga rukun Islam yang lima"....


Apakah yang terjadi selanjutnya? Adakah Manikam Kalbu berjaya mencipta busana Melayu yang menepati kehendak syara’? adakah Manikam Kalbu memenangi pertandingan tersebut?....

Kisah Ziryab...
"Budak lelaki, cikgu...orang suruh masuk kelas kimpalan atau kelas pertukangan tak mahu, nak menyelit juga kelas jahitan dan fesyen." Tiba-tiba suara Nurul Haliza berkumandang ... Ziryab mengetap bibir...
Dia teringat kata neneknya, "Jika ada orang mengejek kamu, ajari mereka. Pelajaran menutup aurat dan memakai baju itu ialah pelajaran pertama yang dipelajari Adam dan Hawa setelah diturunkan dari syurga."...

... Galakan Dr Faizah juga membakar semangatnya. "Ilmu yang awak pelajari itu, Ziryab, ilmu yang mulia sekali. Saya doktor yang mengkaji tentang tubuh manusia, tetapi awak belajar untuk menutup tubuh manusia, untuk melindungi badannya daripada aib dan cacat cela. Tidakkah itu satu kerja baik?"...

..."Minta tolong ustaz huraikan apakah bentuk pakaian Islam itu?"...
...Pertama, mestilah pakaian itu menutup aurat...
...Lagi, hendaklah pakaian perempuan itu cukup longgar...
...Lain-lainnya, janganlah pula pakaian itu menyerupai pakaian lelaki untuk perempuan atau menyerupai pakaian perempuan untuk lelaki...

Apa pula kisahnya Ziryab? Adakah dia akhirnya memahami bagaimana untuk mentajdidkan semula busana Melayu seperti yang diperkatan oleh cikgu Natasya? Adakah akhirnya dia berjaya memahami mengenai busana dan fesyen yang bersesuain dengan kehendak syara’?...
...................

Maka, jangan ketinggalan untuk mengetahu jawapannya melalui novel ini...novel yang saya rasakan amat menarik sekali bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fesyen dan busana dalam Islam...Terima kasih kepada Faisal Tehrani dan semoga segala usahanya dipermudahkan oleh Allah s.w.t

Tuesday, September 15, 2009

Monday, September 14, 2009

Tuesday, September 8, 2009


Perlu ke menutup aurat?
Wajib ke?
Macammana pulak dengan batasannya?
Di zaman serba moden ini, kebanyakan daripada kita tidak lagi mengambil berat mengenai aurat. Pandangan barat kuat mempengaruhi fikrah dan gaya kehidupan masyarakat terutamanya umat Islam. Bagi mereka, pakaian mencirikan personaliti individu. Kita bebas memilih pakaian yang kita rasakan sesuai dengan jiwa kita dan tidak terhad kepada batas-batas tertentu. Begitu juga dengan pandangan terhadap ‘tudung’. Masih ramai antara kita yang tidak dapat membezakan antara bertudung dan menutup aurat.
Ala…pakaila macammana pun janji hati bersih…
Betul ke? Macam mana pulak dengan kata-kata ini….
Don’t judge a book by its cover…

Sesungguhnya, Allah akan menilai seseorang itu berdasarkan amalannya. “…Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu….” (al-Hujurat:13). Adakah benar orang yang tidak mematuhi perintah Allah itu hatinya bersih? Baikkah mereka apabila perintah Allah yang wajib dipatuhi bukan sahaja dilanggar malah dipermudah-mudahkan?


Zaman sekarang ni macam-macam gaya berpakaian yang kita boleh lihat di kalangan wanita Islam. Ada yang bertudung tapi berseluar ketat dan berbaju singkat. Tengok gambar di bawah ni. 6 kesalahan yang biasa dilakukan oleh wanita ketika berpakaian:

macam-macam fesyen ada.. yang ketat, yang terbelah, tutup separuh-separuh, nak tunjuk body la konon... cantiiiikkkk tapiii tak cukup syarat yang disuruh oleh agama.. nak cantik di mata manusia ke atau mata Maha Pencipta Kecantikan. Jangan sampai kita terpedaya dan terpengaruh dengan budaya barat yang ingin meyesatkan umat Islam.


Allah telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.



Wednesday, September 2, 2009

BLOG.... BLOG... BLOG...pengalaman pertama kami belajar menghasilkan blog. Agak sukar juga tapi dengan tunjuk ajar ustazah kami dapat menghasilkan blog kumpulan kami ini. Indahnya perilaku...Insya Allah, kami bakal memberikan anda sesuatu yang bermanfaat mengenai adab berpakaian.
Mengapa tajuk ini menjadi tema blog kami? Kami melihat isu berpakaian masyarakat Islam pada hari ini mempunyai banyak kekeliruan. Masih ramai yang tidak memahami perbezaan antara konsep memakai tudung dan menutup aurat. Semoga usaha kami yang sedikit ini, mendapat keredhaan Allah. segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk itu adalah dari kelemahan kami sendiri.
إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الجَْمَالَ".
salam perkenalan. selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.